SK Seri Jaya Online

SK Seri Jaya Online
Klik gambar 2x untuk ke laman web rasmi SK Seri Jaya

Tuesday, January 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H

Posted by skserijaya at 03:19 PM on March 26, 2008

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah/2008, umat Islam diajak menghayati tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu "MENJANA UMMAH GEMILANG". Tema ini begitu dekat dengan Rasulullah yang sentiasa mengajak ummahnya untuk mencari kecemerlangan dalam ruang lingkup yang dibenarkan Islam. Rasulullah mempunyai personaliti yang sentiasa menjadi teladan dan ikutan sahabat serta umat Islam. Visinya adalah untuk membangunkan ummahnya ke arah kecemerlangan di bawah petunjuk Ilahi.

Pentingnya umat Islam dalam pembangunan dan kelangsungan negara tidak dapat dinafikan, malah ketika dalam keadaan nazak, Rasulullah terus mengingati umatnya dengan menyebut, 'Umatku, Umatku'.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam khususnya kakitangan dan murid-murid SK Seri Jaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. dan menyimpan cita-cita murni untuk mencapai kejayaan diri, agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment