Posted by skserijaya at 11:03 AM on September 27, 2008
Satu program Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26 September 2008. Ia adalah program penutup untuk aktiviti bacaan Tadarus Al-Quran yang telah diadakan untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak di SK Seri Jaya. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar, melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan beramal dengan cemerlang dalam ilmu Al-Quran. Antara pengisian program ini adalah bacaan al-quran dan terjemahan, tahlil ringkas, khatam al-quran, nyanyian asmaul husna, nyanyian nasyid Tahun 6 dan penyampaian cenderahati.
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment