Posted by skserijaya at 06:10 PM on April 29, 2008
Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah/2008, satu program sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 18 April 2008. Semua warga SK Seri Jaya diajak menghayati tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu "MENJANA UMMAH GEMILANG". Warga guru SK Seri Jaya diseru agar mencurahkan ilmu dan khidmat bakti untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan berakhlak mulia. Warga murid SK Seri Jaya pula hendaklah mempersiapkan diri dengan persiapan intelektuel, emosional, rohani dan jasmani dalam usaha pembangunan diri untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment