skip to main |
skip to sidebar
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2008
Posted by skserijaya at 11:00 AM on August 8, 2008
Satu program untuk menjana kecemerlangan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2008 di SK Seri Jaya. Program anjuran PPD Pontian
ini diadakan untuk sekolah-sekolah Zon Benut bagi mencapai matlamat "Ke Arah Johor Top 5". Sekolah yang terlibat untuk Zon Benut (kumpulan 3) adalah SK Seri Jaya, SK Seri Bahagia dan SK Seri Sinaran. Objektif program ini adalah meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kualiti sekurang-kurangnya sebanyak 12% setiap sekolah. Peningkatan dari segi kuantiti pula diharapkan akan meningkat sekurang-kurangnya 80% setiap sekolah. Antara tentatif program adalah penekanan kepada kecemerlangan matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains oleh guru-guru yang berpengalaman.
No comments:
Post a Comment