SK Seri Jaya Online

SK Seri Jaya Online
Klik gambar 2x untuk ke laman web rasmi SK Seri Jaya

Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH SK SERI JAYA DI TASIK KENYIR

Posted by skserijaya at 10:57 AM on June 29, 2008

Pada 16 Mei-19 Mei 2008 yang lepas, satu Program Perkhemahan Peringkat Sekolah SK Seri Jaya telah diadakan di Tasik Kenyir. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid tahap dua. Perjalanan dengan bas yang memakan masa hampir 8 jam dan diikuti perjalanan dengan bot ke tempat penginapan menduga kekuatan fizikal dan minda semua peserta.
Antara aktiviti menarikyang telah dilaksanakan adalah motivasi murid, persediaan peperiksaan dan riadah. Murid juga diberi peluang untuk mandi air terjun dan memancing dalam masa senggang untuk menikmati keindahan alam di Tasik Kenyir. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat membuka minda murid untuk mempelajari perkara baru, memberi semangat untuk persediaan peperiksaan dan memupuk semangat kerjasama untuk bersama-sama berusaha dalam mengejar kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat.

No comments:

Post a Comment