Sunday, January 10, 2010
Sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Sekolah
Satu program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8 Januari 2010. Tema Sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah "Memantap ukhuwah, Memperkasa Ummah". Ukhuwah yang kuat antara muslim akan dapat menguatkan umat Islam dan seterusnya membawa kepada kejayaan umat Islam. Namun sikap hormat- menghormati antara muslim dan bukan muslim haruslah tidak dilupakan supaya keharmonian dan perpaduan terpelihara dan kita dapat bersama-sama membangunkan negara yang kita cintai. Antara aktiviti menarik dalam program tersebut adalah nasyid, persembahan murid dan ceramah sempena Maal Hijrah.Semoga semua murid dan guru mendapat iktibar daripada ceramah yang disampaikan.
Tuesday, January 5, 2010
Selamat Kembali Ke Sekolah
Selamat kembali ke sekolah diucapkan buat guru-guru dan murid-murid SK Seri Jaya. Semoga persekolahan tahun ini akan diisi dengan ilmu pengetahuan dan aktiviti-aktiviti menarik di SK Seri Jaya. Murid-murid tahun satu dan pra-sekolah yang baru memulakan persekolahan di SK Seri Jaya dialu-alukan kedatangan untuk memulakan persekolahan di sini. Guru-guru yang peramah dan rakan-rakan yang ceria menanti anda. Adalah diharapkan tanggungjawab untuk menjadikan murid insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektual akan dipikul bersama oleh guru dan juga ibu-bapa. Ini kerana tanpa kerjasama dari semua pihak, kita khuatir kita akan melahirkan generasi yang lemah. Oleh yang demikian kerjasama daripada semua pihak sangatlah diperlukan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia serta seimbang dalam semua aspek.
PROGRAM PRA-ASRAMA SK SERI JAYA 2009
Posted by skserijaya at 11:04 AM on July 13, 2009
Program Pra-Asrama telah diadakan di SK Seri Jaya pada 10-11 Julai 2009. Program ini diadakan bagi menyediakan pelajar dengan kehidupan asrama yang jauh dari ibubapa dan perlu hidup berdikari. Peserta adalah terdiri daripada murid darjah 6 yang akan mengambil UPSR. Pelbagai aktiviti diadakan seperti kelas tambahan, bermalam di sekolah, tazkirah dan bersukan. Walaupun pihak sekolah menyediakan makanan tengah hari, ibubapa menunjukkan semangat kekitaan dengan menyumbang makanan untuk sarapan. Ini menunjukkan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan ibubapa yang bersama-sama ingin meningkatkan mutu kecemerlangan murid-murid SK Seri Jaya. Selain daripada itu, kata-kata motivasi penyuntik semangat diberi oleh guru-guru kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh sekiranya hendak berjaya dalam UPSR dan belajar di Sekolah Menengah Berasrama.

KEM BESTARI SOLAT JQAF KALI 1 2009
Posted by skserijaya at 11:04 AM on March 06, 2009
Kem Bestari Solat JQAF kali pertama telah diadakan pada 28 Februari 2009. Kem Bestari Solat JQAF kali ini memfokuskan kepada murid tahun 2 dan tahun 3 sahaja. Pada kali ini, diterapkan ulangkaji kaedah wuduk dan niat solat kerana ada adalah elemen yang penting dalam solat. Semoga murid-murid SK Seri Jaya akan menjadi insan yang menjaga solat, taat kepada perintah Allah, perintah rasul, perintah ibu bapa dan juga guru.

SUKAN TAHUNAN SK SERI JAYA 2009
Posted by skserijaya at 11:04 AM on March 06, 2009
Sukan tahunan SK Ser
i Jaya 2009 telah diadakan pada 1 Mac 2009 di padang sekolah SK Seri Jaya. Walaupun dimulakan dalam keadaan hujan renyai-renyai, acara sukan tetap diteruskan dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh murid-murid SK Seri Jaya dan semangat guru-guru yang terus teguh untuk menjayakan sukan tahunan pada kali ini.Sukan tahunan SK Seri Jaya pada tahun ini telah dimenangi oleh Rumah Kijang, diikuti oleh Rumah Kancil dan Rumah Rusa.
Sukan tahunan SK Ser

KELAS TAMBAHAN MURID TAHUN 4. 5 DAN 6
Posted by skserijaya at 11:01 AM on March 06, 2009
Usaha SK Seri Jaya untuk membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik bermula sejak awal tahun lagi. Persediaan untuk peperiksaan UPSR telah diterapkan sejak tahun 4 lagi. Dengan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, murid-murid pada masa kini memang mempunyai tanggungjawab untuk membuat persediaan awal bagi menentukan kejayaan mereka dalam UPSR kelak. Sekalung tahniah buat guru yang gigih mengajar dan murid-murid yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu untuk kejayaan masa hadapan.

SAMBUTAN HARI RAYA RIMUP ZON BENUT
Posted by skserijaya at 11:04 AM on November 04, 2008
Satu program Sambutan Hari Raya RIMUP Zon Benut telah diadakan di SK Seri Jaya pada 28 Oktober 2008 yang lepas. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ab. Rahim bin Lamin,
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Program sambutan hari raya ini telah menggabungkan Sekolah SK Seri Jaya dan SJKC Lok Yu(4). Objektif program ini adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum. Antara aktiviti menarik adalah aktiviti menganyam ketupat dan persembahan-persembahan untuk menceriakan tetamu.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Posted by skserijaya at 11:03 AM on September 27, 2008
Satu program Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26 September 2008. Ia adalah program penutup untuk aktiviti bacaan Tadarus Al-Quran yang telah diadakan untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak di SK Seri Jaya. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar, melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan beramal dengan cemerlang dalam ilmu Al-Quran. Antara pengisian program ini adalah bacaan al-quran dan terjemahan, tahlil ringkas, khatam al-quran, nyanyian asmaul husna, nyanyian nasyid Tahun 6 dan penyampaian cenderahati.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51
Posted by skserijaya at 11:01 AM on September 03, 2008
SK Seri Jaya tidak
ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-51. Sambutan ini telah diadakan pada 29 Ogos 2008 bertujuan untuk menerapkan semangat cintakan negara Malaysia dan menghargai keamanan sedia ada. Dengan tema "Perpaduan Teras Kejayaan", pelbagai aktiviti menarik telah diadakan supaya murid-murid dan guru dapat menghayati erti kemerdekaan. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan melakar jalur gemilang, deklamasi sajak, pertandingan basikal kreatif, pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam.
SK Seri Jaya tidak

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2008
Posted by skserijaya at 11:00 AM on August 8, 2008
Satu program untuk menjana kecemerlangan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2008 di SK Seri Jaya. Program anjuran PPD Pontian
ini diadakan untuk sekolah-sekolah Zon Benut bagi mencapai matlamat "Ke Arah Johor Top 5". Sekolah yang terlibat untuk Zon Benut (kumpulan 3) adalah SK Seri Jaya, SK Seri Bahagia dan SK Seri Sinaran. Objektif program ini adalah meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kualiti sekurang-kurangnya sebanyak 12% setiap sekolah. Peningkatan dari segi kuantiti pula diharapkan akan meningkat sekurang-kurangnya 80% setiap sekolah. Antara tentatif program adalah penekanan kepada kecemerlangan matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains oleh guru-guru yang berpengalaman.

PROGRAM PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH SK SERI JAYA DI TASIK KENYIR
Posted by skserijaya at 10:57 AM on June 29, 2008
Pada 16 Mei-19 Mei 2008 yang lepas, satu Program Perkhemahan Peringkat Sekolah SK Seri Jaya telah diadakan di Tasik Kenyir. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid tahap dua. Perjalanan dengan bas yang memakan masa hampir 8 jam dan diik
uti perjalanan dengan bot ke tempat penginapan menduga kekuatan fizikal dan minda semua peserta.
Antara aktiviti menarikyang telah dilaksanakan adalah motivasi murid, persediaan peperiksaan dan riadah. Murid juga diberi peluang untuk mandi air terjun dan memancing dalam masa senggang untuk menikmati keindahan alam di Tasik Kenyir. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat membuka minda murid untuk mempelajari perkara baru, memberi semangat untuk persediaan peperiksaan dan memupuk semangat kerjasama untuk bersama-sama berusaha dalam mengejar kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat.
Pada 16 Mei-19 Mei 2008 yang lepas, satu Program Perkhemahan Peringkat Sekolah SK Seri Jaya telah diadakan di Tasik Kenyir. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid tahap dua. Perjalanan dengan bas yang memakan masa hampir 8 jam dan diik

Antara aktiviti menarikyang telah dilaksanakan adalah motivasi murid, persediaan peperiksaan dan riadah. Murid juga diberi peluang untuk mandi air terjun dan memancing dalam masa senggang untuk menikmati keindahan alam di Tasik Kenyir. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat membuka minda murid untuk mempelajari perkara baru, memberi semangat untuk persediaan peperiksaan dan memupuk semangat kerjasama untuk bersama-sama berusaha dalam mengejar kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat.
SAMBUTAN HARI GURU SK SERI JAYA
Posted by skserijaya at 10:55 AM on June 29, 2008
Satu sambutan Hari Guru bagi meraikan jasa-jasa guru SK Seri Jaya telah diadakan pada 16 Mei 2008 di Dataran Seri Jaya. A
ntara aktiviti menarik yang telah dianjurkan adalah bacaan perutusan Menteri Pelajaran, menyanyi lagu Guru Malaysia, bacaan ikrar oleh guru, bacaan zikir munajat, pertandingan bola jaring menggunakan belon air dan kain batik serta sesi bertukar-tukar hadiah. Sesungguhnya jasa guru amatlah banyak dalam mendidik kita. Jadi marilah kita menghargai guru yang telah banyak berkorban untuk kejayaan kita semua.

PROGRAM MOTIVASI SK SERI JAYA
Posted by skserijaya at 07:00 PM on April 29, 2008
Satu program motivasi telah diadakan pada 22 April 2008
di Dewan SK Seri Jaya. Program ini adalah anjuran sekolah khusus untuk murid tahap dua. Penceramah adalah En. Sidek bin Roslan daripada As-Sakinah Management. Adalah diharapkan agar murid tahap dua dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dengan teknik pembelajaran efektif untuk meningkatkan prestasi diri dan seterusnya menaikkan nama SK Seri Jaya sebagai sekolah yang tersohor di daerah Pontian. Resepi kejayaan : Usaha + Doa + Tawakal = KEJAYAAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H PERINGKAT SEKOLAH
Posted by skserijaya at 06:10 PM on April 29, 2008
Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah/2008, satu program sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 18 April 2008. Semua warga SK Seri Jaya diajak menghayati tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu "MENJANA UMMAH GEMILANG". Warga guru SK Seri Jaya diseru agar mencurahkan ilmu dan khidmat bakti untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan berakhlak mulia. Warga murid SK Seri Jaya pula hendaklah mempersiapkan diri dengan persiapan intelektuel, emosional, rohani dan jasmani dalam usaha pembangunan diri untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SERI JAYA 2008
Posted by skserijaya at 08:00 PM on March 26, 2008
Program Kejohanan Sukan SK Seri Jaya telah berlangsung pada 6 Mac 2008. Pemenang adalah RUMAH RUSA (KUNING), dikuti oleh RUMAH KANCIL(MERAH) dan RUMAH KIJANG (BIRU). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang kurang berjaya, cuba dengan usaha yang lebih kuat lagi pada masa hadapan. Berikut adalah jadual markah yang dikutip dalam sukantara dan markah keseluruhan.MARKAH SUKANTARA SK SERI JAYA 2008
MARKAH SUKANTARA
RUMAH KIJANG (BIRU)- 187
RUMAH KANCIL(MERAH)- 204
RUMAH RUSA (KUNING)- 214
KEPUTUSAN MARKAH KESELURUHAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SERI JAYA 2008
MARKAH KESELURUHAN
RUMAH KIJANG (BIRU)- 238
RUMAH KANCIL(MERAH)- 248
RUMAH RUSA (KUNING)- 287

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H
Posted by skserijaya at 03:19 PM on March 26, 2008
Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah/2008, umat Islam diajak menghayati tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu "MENJANA UMMAH GEMILANG". Tema ini begitu dekat dengan Rasulullah yang sentiasa mengajak ummahnya untuk mencari kecemerlangan dalam ruang lingkup yang dibenarkan Islam. Rasulullah mempunyai personaliti yang sentiasa menjadi teladan dan ikutan sahabat serta umat Islam. Visinya adalah untuk membangunkan ummahnya ke arah kecemerlangan di bawah petunjuk Ilahi.
Pentingnya umat Islam dalam pembangunan dan kelangsungan negara tidak dapat dinafikan, malah ketika dalam keadaan nazak, Rasulullah terus mengingati umatnya dengan menyebut, 'Umatku, Umatku'.
Oleh itu, sewajarnya umat Islam khususnya kakitangan dan murid-murid SK Seri Jaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. dan menyimpan cita-cita murni untuk mencapai kejayaan diri, agama, bangsa dan negara.

Subscribe to:
Posts (Atom)