SK Seri Jaya Online

SK Seri Jaya Online
Klik gambar 2x untuk ke laman web rasmi SK Seri Jaya

Sunday, January 10, 2010

Sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Sekolah

Satu program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8 Januari 2010. Tema Sambutan Maal Hijrah  tahun ini adalah "Memantap ukhuwah, Memperkasa Ummah". Ukhuwah yang kuat antara muslim akan dapat menguatkan umat Islam dan seterusnya membawa kepada kejayaan umat Islam. Namun sikap  hormat- menghormati antara muslim dan bukan muslim haruslah tidak dilupakan supaya keharmonian dan perpaduan terpelihara dan kita dapat bersama-sama membangunkan negara yang kita cintai. Antara aktiviti menarik dalam program tersebut adalah nasyid, persembahan murid dan ceramah sempena Maal Hijrah.Semoga semua murid dan guru mendapat iktibar daripada ceramah yang disampaikan.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah diucapkan buat guru-guru dan murid-murid SK Seri Jaya. Semoga persekolahan tahun ini akan diisi dengan ilmu pengetahuan dan aktiviti-aktiviti menarik di SK Seri Jaya. Murid-murid tahun satu dan pra-sekolah yang baru memulakan persekolahan di SK Seri Jaya dialu-alukan kedatangan untuk memulakan persekolahan di sini. Guru-guru yang peramah dan rakan-rakan yang ceria menanti anda. Adalah diharapkan tanggungjawab untuk menjadikan murid insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektual akan dipikul bersama oleh guru dan juga ibu-bapa. Ini kerana tanpa kerjasama dari semua pihak, kita khuatir kita akan melahirkan generasi yang lemah. Oleh yang demikian kerjasama daripada semua pihak sangatlah diperlukan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia serta seimbang dalam semua aspek.

PROGRAM PRA-ASRAMA SK SERI JAYA 2009

Posted by skserijaya at 11:04 AM on July 13, 2009

Program Pra-Asrama telah diadakan di SK Seri Jaya pada 10-11 Julai 2009. Program ini diadakan bagi menyediakan pelajar dengan kehidupan asrama yang jauh dari ibubapa dan perlu hidup berdikari. Peserta adalah terdiri daripada murid darjah 6 yang akan mengambil UPSR. Pelbagai aktiviti diadakan seperti kelas tambahan, bermalam di sekolah, tazkirah dan bersukan. Walaupun pihak sekolah menyediakan makanan tengah hari, ibubapa menunjukkan semangat kekitaan dengan menyumbang makanan untuk sarapan. Ini menunjukkan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan ibubapa yang bersama-sama ingin meningkatkan mutu kecemerlangan murid-murid SK Seri Jaya. Selain daripada itu, kata-kata motivasi penyuntik semangat diberi oleh guru-guru kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh sekiranya hendak berjaya dalam UPSR dan belajar di Sekolah Menengah Berasrama.

KEM BESTARI SOLAT JQAF KALI 1 2009

Posted by skserijaya at 11:04 AM on March 06, 2009

Kem Bestari Solat JQAF kali pertama telah diadakan pada 28 Februari 2009. Kem Bestari Solat JQAF kali ini memfokuskan kepada murid tahun 2 dan tahun 3 sahaja. Pada kali ini, diterapkan ulangkaji kaedah wuduk dan niat solat kerana ada adalah elemen yang penting dalam solat. Semoga murid-murid SK Seri Jaya akan menjadi insan yang menjaga solat, taat kepada perintah Allah, perintah rasul, perintah ibu bapa dan juga guru.

SUKAN TAHUNAN SK SERI JAYA 2009

Posted by skserijaya at 11:04 AM on March 06, 2009


Sukan tahunan SK Seri Jaya 2009 telah diadakan pada 1 Mac 2009 di padang sekolah SK Seri Jaya. Walaupun dimulakan dalam keadaan hujan renyai-renyai, acara sukan tetap diteruskan dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh murid-murid SK Seri Jaya dan semangat guru-guru yang terus teguh untuk menjayakan sukan tahunan pada kali ini.Sukan tahunan SK Seri Jaya pada tahun ini telah dimenangi oleh Rumah Kijang, diikuti oleh Rumah Kancil dan Rumah Rusa.

KELAS TAMBAHAN MURID TAHUN 4. 5 DAN 6

Posted by skserijaya at 11:01 AM on March 06, 2009

Usaha SK Seri Jaya untuk membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik bermula sejak awal tahun lagi. Persediaan untuk peperiksaan UPSR telah diterapkan sejak tahun 4 lagi. Dengan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, murid-murid pada masa kini memang mempunyai tanggungjawab untuk membuat persediaan awal bagi menentukan kejayaan mereka dalam UPSR kelak. Sekalung tahniah buat guru yang gigih mengajar dan murid-murid yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu untuk kejayaan masa hadapan.

SAMBUTAN HARI RAYA RIMUP ZON BENUT

Posted by skserijaya at 11:04 AM on November 04, 2008


Satu program Sambutan Hari Raya RIMUP Zon Benut telah diadakan di SK Seri Jaya pada 28 Oktober 2008 yang lepas. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ab. Rahim bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Program sambutan hari raya ini telah menggabungkan Sekolah SK Seri Jaya dan SJKC Lok Yu(4). Objektif program ini adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum. Antara aktiviti menarik adalah aktiviti menganyam ketupat dan persembahan-persembahan untuk menceriakan tetamu.